Pada malam sebelumnya, dua kejadian aneh telah berlaku dimana kunci untuk crane telah hilang tidak dijumpai manakala crane telah rosak. Semua yang terlibat amat cemas. Ketika penulis tiba, kunci telah dijumpai manakala jentera crane masih lagi dibaiki.
Tn Hj Nik Abdul Kadir (SUB PP), En Zawawi (Pengarah KKLW Pahang) dan Mejar (B) Hj Adnan turut hadir untuk menyambut Sultan Pahang
Kanak-kanak beberapa sekolah yang berhampiran turut serta untuk menyambut keberangkatan Sultan Pahang
Keberangkatan KDYM Sultan Pahang |
Sultan Pahang beramah mesra dengan murid sekolah
SUB PP menyambut keberangkatan baginda Sultan
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Hj Zulkifli turut mengiringi baginda
Brid.Gen Dato Nasir sedang memberi taklimat kepada VVIP yang hadir
Selepas saja taklimat selesai, hujan mulai turun namun tidaklah begitu lebat. Sultan Pahang telah berkenan untuk melawat projek dan melihat dengan lebih dekat lagi jambatan tersebut.
Inilah salah satu dari tiga jambatan yang sedang dalam pembinaan. Kaedahnya adalah menggunakan Bailey Bridge yang didatangkan dari UK secara pasang siap.
Setelah siap satu komponen dipasang, ianya akan dilancarkan dengan menggunakan bulldozer.
Sebelum selesai melawat, Tuanku Sultan Pahang berkenan untuk beramah mesra dengan anggota tentera yang terlibat dalam pembinaan jambatan tersebut.
No comments:
Post a Comment