Thursday, September 27, 2012

Lawatan KSU ke Terengganu 22 Sep 2012

Melawat projek Program Bantuan Rumah (PBR) yang dulunya dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sekitar Kuala Terengganu
Sebagai makluman, rumah PBR ini adalah merupakan bangunan setingkat dengan keluasan 20x30 kaki persegi. Mempunyai 3 bilik tidur, 1 tandas dan 1 bilik air.
Y.Brs. Pengurus Besar KETENGAH dan Pengarah KKLW Terengganu turut bersama Y.Bhg. Dato' KSU melawat tapak projek di Kg. Telaga Daing, Kuala Terengganu


Kerja-kerja penyediaan tapak sedang rancak berjalan.


Tn Hj Zubir (Setiausaha Bahagian Infrastruktur, SUB BI) dan En. Mohamad (Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat, SUB KR) turut kelihatan. ManakalaTn Hj Nik Abd Kadir (Setiausaha Bahagian Pembangunan & Pemantauan Projek, SUB PP) sedang mengambil gambar.

Berbual bersama penerima bantuan PBR, Pn Sepiah binti Ibrahim dan kontraktor pelaksana, BCK Teguh Enterprise.


Penerima bantuan melayan tetamu VIP sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat PBR. Sedap juga pisang goreng dan keropok losong yang dihidangkan. Terima kasih Puan kerana sudi menjemput walaupun kami tidak meminta apa-apa ganjaran selain ucapan terima kasih......







Lawatan ke projek PBR di Kg. Gong Sentul, Daerah Kuala Terengganu pula.



Dato' KSU berpuashati dengan pelaksanaan PBR yang mengikut spesifikasi dan berharap agar ianya dapat disiapkan sebelum hari raya Aidil Adha.



Apa yang Pengarah KKLW Terengganu lihat tu, serius nampak?

SUB KR khusyuk memberikan penerangan kepada KSU.

Penggunaan handphone ketika memandu. Apa kata anda?

Kerajaan telah lama menguatkuasakan pengharaman menggunakan handphone ketika memandu. Namun sejauh manakah penguatkuasaannya berkesan. Apa tindakan pengguna dan pihak penguatkuasaan? Ada yang setuju, ada yang mengeluh. Namun apa yang menjadi persoalan ialah sejauh mana ketegasan para penguatkuasa bilamana melihat ada pemandu yang menggunakan handphone ketika memandu. Kekadang mereka terlampau tegas dan kekadang buat tak endah mungkin disebabkan kepenatan oleh tugasan yang bertimbun...agaknyalah.
Hari Khamis 20 Sep 2012 jam 2:15 petang ketika dalam perjalan pulang dari kompleks kerajaan Parcel B, sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar ke warna merah, aku terserempak dengan sebuah kenderaan milik POLIS...ya POLIS...ataupun pihak penguatkuasa undang-undang. Lihatlah apa yang sedang dilakukan oleh beliau? Memandu sambil menggunakan handphone! Namun aku berprasangka baik...mungkin beliau terpaksa menjawab panggilan kecemasan atau panggilan penting daripada bos beliau ataupun menerima arahan yang penting dan tidak dapat dielakkan walaupun semasa memandu.



Mungkin perlakuanku untuk mengambil gambar beliau telah disedari maka beliau terus memecut kereta dengan laju sebaik sahaja lampu bertukar ke hijau! Aku hanya tersenyum lebar. Hmmm...pepatah apa yang sesuai dalam situasi sebegini? Oh ya....BAGAIKAN KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS. Hahaha...dunia,dunia.......

Lawatan YB Timbalan Menteri KKLW ke Ng. Woh, Selangau, Sarawak

Diantara bidang tugas yang mencabar ialah bilamana kena turun padang untuk perasmian projek di kawasan hulu atau pedalaman dan kenderaan yang dinaiki ialah HELIKOPTER. Bukan takut kerana kematian boleh berlaku di mana-mana jua walaupun ketika enak beradu di atas tilam empuk kesayangan kita. Teringat lagi ketika perlu mengiringi YB Datuk Joseph Entulu Belaun iaitu Ahli Parlimen Selangau merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk acara perasmian Bekalan Lampu Elektrik Solar di Rh Emong, Ng.Woh, Selangau, Sarawak




Pandangan dari udara Rh Emong


















Ketibaan YB Datuk Joseph Entulu Belaun dan rombongan termasuklah penulis




























Inilah rumah panjang Emong, Rh Emong













Upacara 'MIRING' iaitu sebagai menyambut kehadiran VVIP menaiki rumah panjang. Cuba lihat raut muka Pengarah PCN Sarawak yang berbaju gelap tu! Hahaha....











Apalagi...pantang ada masa terluang, kitaorang pergi memancing di sungai yang berhampiran ketika YB Datuk sedang mandi di kawasan hulu. Terus si Jasni ni bersemangat selepas terkejut dengan upacara MIRING tadi.









ACARA DI MALAM HARI DI RH EMONG, NG. WOH, PARLIMEN SELANGAU, SARAWAK

























Dari Juruteknik bertukar menjadi Tukang Masak. Sardin dan ikan hasil tangkapan petang tadi menjadi menu utama.













Lampu Solar Elektrik yang dibekalkan kepada Rh Emong. Teknologi ini dikenali dengan jenama Su-Kam












Suasan kedinginan di pagi hari di Rh Emong.














Ahli rombongan sempat bergambar sebelum terbang balik ke Sibu.








Oooopppss....YB Datuk sempat menari dalam satu acara sebelum kami terbang ke Rh Emong







Selepas lawatan..singgah makan dulu di Tok Jembal

Hari ini 22 Sept 2012 semasa ramai orang berehat bersama keluarga, kami bekerja! Sepetang bersama Y.Bhg Dato' KSU KKLW melawat projek di sekitar Kuala Terengganu. Apalagi, selepas lawatan..makan petang di sini. Kedai yang terletak di bekas pejabat tapak projek membina Pemecah ombak dan Tambak pasir di sekitar Seberang Takir dan Pulau Duyung oleh Inai Kiara. Bersebelahan dengan Airport Kuala Terengganu. Berdekatan dengan Kedai Pak Mang, warung ICT.


Yummy...Ketupat Sotong (Sotong yang disumbat dengan pulut)...ala Terengganu


Antara ikan bakar yang dihidangkan sebagai lauk.

Ikan ini kalau di kelantan dikenali sebagai Ikan Jebong....

Friday, September 14, 2012

Lahirku di kampung

Aku dilahirkan di sebuah kampung yang terletak di kawasan pendalaman negeri pantai timur. Sebuah kampung di mana ketika itu paip air dan lampu mentol atau kalimantang mahupun mentol jimat letrik merupakan keistimewaan yang hanya terdapat di bandar-bandar besar. Membesar dengan air hujan yang ditadah di kawasan bukit yang disalirkan melalui batang-batang buluh untuk sampai kawasan berdekatan rumah dan bertemankan cahaya rembulan yang kadangkalanya diselangi dengan cahaya dari pelita ayam di mana semuanya tidak ternilai bagiku. Namun ianya telah menjadi sejarah dalam hidupku......