Wednesday, October 3, 2012

Alignment badan?...Anyone?

Pernah dengar atau lihat tentang membetulkan anggota badan yang patah menggunakan peralatan yang dibuat sendiri oleh Tukang Urut @ Bomoh Patah? Kalau tak percaya, silalah ke Manir, Terengganu untuk merasai kehebatan oleh seorang tukang urut patah, yang dikenali sebagai Ayah Wan. Beliau beroperasi di sebuah pondok @ bangsal kecil bersebelahan rumah beliau.

Kelihatan Ayah Wan sedang mengurut pesakit yang mengadu terkehel bahu akibat terjatuh selepas 3 bulan.

Beliau sedang mengurut salah seorang bos ku yang mengadu terseliuh urat di bahagian lutut sehingga sakit bila nak sujud waktu sembahyang.


Sedang memriksa kaki bos ku yang hampir sembuh selepas mengalami tumit pecah akibat terjatuh dari tangga.

Lihatlah peralatan untuk membetulkan alignment kaki bos ku. Alat yang dicipta sendiri oleh beliau. Sungguh mengkagumkan bagi seorang bomoh kampung....

1 comment: