Tuesday, October 9, 2012

Semporna lagi......

Tawau dan seterusnya Semporna....Hari ini aku kembali untuk tugasan berkaitan kejadian ribut di Pulau Menampilik baru-baru ini. Jam 430 petang kami bermesyuarat di Pejabat Daerah Semporna dengan disertai oleh pihak Pejabat Daerah,  Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Ketua Kampung (di sini dikenali sebagai Panglima) dan Pengerusi JKKK.

Seperti kebiasaannya sambil melakukan tugasan di luar, aku akan mengambil kesempatan untuk mencari tempat makan yang terkenal samada dengan makanan atau minuman yang sudah semestinya enak-enak! 
 
Selepas selesai mesyuarat, kami ke Family Cafe untuk minum petang dan menikmati SANGGAR (Pisang Goreng) yang enak. Kelainannya dari tempat lain ialah pisangnya dibelah halus sebelum digoreng. Memang enak sekiranya menikmati SANGGAR di Tawau mahupun Semporna. Pada sebelah malamnya, kami ke satu kedai yang terletak di Kg. Kabogan. Masakan panasnya SEDAP namun apa yang famous ialah JUS MANGGAnya.
 

AIR MANGGARUK (JUS MANGGA)
 

 
 
Inilah kedai yang menyediakan JUS MANGGA yang bagiku amat NYAMAN...Sedap! Walaupun nama kedainya THAMNAK THAI tapi di sini ianya lebih dikenali sebagai D'PASTI ( ianya terletak bersebelahan dengan PASTI..Pusat Asuhan Tunas Islam). 
 
Burrrppp......Alhamdulillah kenyang setelah menikmati MEE UDANG TAIPING dan JUS MANGGA. Balik ke hotel untuk berehat sebelum berangkat ke Pulau Menampilik pada pagi besok...Chiao!
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Saturday, October 6, 2012

Kereta oh kereta!

Macam-macam ragam dan fesyen terkini kereta....  Mungkin sesetengah pemilik terpengaruh dengan rancangan PIMP MY RIDE. Sesetengah pula yang berkemampuan akan terus membeli kereta yang boleh dikategorikan mewah.

Inilah sebahagian yang telah dapatku rakamkan....





Fesyen terkini...tampal carbon sticker





Terbaru dari TOYOTA seakan HUMMER
 




 Yang ini pula.....dalamnya berwarna PURPLE!










Jalan-jalan dan makan-makan di Tawau

Bertolak dari KL pada petang Jumaat dan sampai jam 9 malam di Tawau. Setiap kali melangkah kaki ke Tawau memang tak sah kalau tak pekena KAMBING MASALA dengan GARLIC NAN serta minum TEH MASALA di Restoran Yassin yang berdekatan dengan masjid Tawau. Macam dah ketagih.....masakan kambingnya memang mengancam!



Keesokan harinya sempat lagi untuk pergi ke Batu 3 untuk sarapan sebelum ke airport menyambut ketibaan YB Menteri dari KK. Kedai yang popular dengan MEE TAUHUnya,












Inilah Mee Tauhu yang dikatakan popular tu!









Hari ini, Ahad 7 Okt 2012 sepatutnya menaiki penerbangan balik ke KL jam 315 ptg. Setibanya di airport, dimaklumkan bahawa penerbangan telah ditangguhkan kepada jam 510 petang. Memandangkan waktu itu baru jam 130 petang, aku dan bos ku apa lagi...terus menuju ke Bibiq Corner yang terletak bersebelahan dengan airport Tawau untuk menikmati makan tengahari kami. Apa yang special di sini ialah SUP PAYAU nya yang tersohor di Tawau ni.




Wednesday, October 3, 2012

Lawatan Tuanku Sultan Pahang ke Kg. Kawah, Sg.Lembing, Pahang

Hari selasa lepas, 2 Okt 2012 penulis terpaksa bertolak seawal 6.30 pagi dari rumah untuk ke Kg. Kawah yang terletak di kawasan Sg. Lembing, Pahang. Dijadualkan bahawa KDYM Tuanku Sulatan Pahang berkenan mencemar duli turun ke sana untuk melawat projek pembinaan jambatan di Kg Kawah. Projek ini telah dibiayai kerajaan persekutuan melalui KKLW dan pelaksanaannya dibuat oleh tentera melalui konsep NBOS (National Blue Ocean Strategy).


Pada malam sebelumnya, dua kejadian aneh telah berlaku dimana kunci untuk crane telah hilang tidak dijumpai manakala crane telah rosak. Semua yang terlibat amat cemas. Ketika penulis tiba, kunci telah dijumpai manakala jentera crane masih lagi dibaiki.




Tn Hj Nik Abdul Kadir (SUB PP), En Zawawi (Pengarah KKLW Pahang) dan Mejar (B) Hj Adnan turut hadir untuk menyambut Sultan Pahang









Kanak-kanak beberapa sekolah yang berhampiran turut serta untuk menyambut keberangkatan Sultan Pahang












Keberangkatan KDYM Sultan Pahang


Sultan Pahang beramah mesra dengan murid sekolah









SUB PP menyambut keberangkatan baginda Sultan




Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Hj Zulkifli turut mengiringi baginda

Brid.Gen Dato Nasir sedang memberi taklimat kepada VVIP yang hadir

 
 

Selepas saja taklimat selesai, hujan mulai turun namun tidaklah begitu lebat. Sultan Pahang telah berkenan untuk melawat projek dan melihat dengan lebih dekat lagi jambatan tersebut.
 
 


Inilah salah satu dari tiga jambatan yang sedang dalam pembinaan. Kaedahnya adalah menggunakan Bailey Bridge yang didatangkan dari UK secara pasang siap.










Setelah siap satu komponen dipasang, ianya akan dilancarkan dengan menggunakan bulldozer.







 



Sebelum selesai melawat, Tuanku Sultan Pahang berkenan untuk beramah mesra dengan anggota tentera yang terlibat dalam pembinaan jambatan tersebut.









Alignment badan?...Anyone?

Pernah dengar atau lihat tentang membetulkan anggota badan yang patah menggunakan peralatan yang dibuat sendiri oleh Tukang Urut @ Bomoh Patah? Kalau tak percaya, silalah ke Manir, Terengganu untuk merasai kehebatan oleh seorang tukang urut patah, yang dikenali sebagai Ayah Wan. Beliau beroperasi di sebuah pondok @ bangsal kecil bersebelahan rumah beliau.

Kelihatan Ayah Wan sedang mengurut pesakit yang mengadu terkehel bahu akibat terjatuh selepas 3 bulan.

Beliau sedang mengurut salah seorang bos ku yang mengadu terseliuh urat di bahagian lutut sehingga sakit bila nak sujud waktu sembahyang.


Sedang memriksa kaki bos ku yang hampir sembuh selepas mengalami tumit pecah akibat terjatuh dari tangga.

Lihatlah peralatan untuk membetulkan alignment kaki bos ku. Alat yang dicipta sendiri oleh beliau. Sungguh mengkagumkan bagi seorang bomoh kampung....

Makanan KELANTAN

Negeri Kelantan (disebut oleh penduduk kelantan sebagai KELATE) merupakan negeri yang mempunyai banyak kuih muih dan makanan tradisionalnya. Malah sebahagian besar makanannya adalah MANIS. Namun sekarang ini, ianya bergantung kepada pembuatnya untuk menyediakan makanan tersebut sebagai Kurang Manis, Manis dan Terlampau Manis. Biasanya makanan yang dikategorikan sebagai terlampau manis terdapat dalam kepelbagaian BUBUR dan PENGAT ataupun SIRA (slang orang kelantan untuk buah-buahan yang dimasak dalam air gula dan daun pandan)...termasuk juga ketupat sotong versi Kelantan.


Ini diantara kuih yang kebiasaanya dalam kategori TERLAMPAU MANIS (tapi semuanya bergantung kepada kedai dan pembuat yang menjualnya)

BADAK BERENDAM (inti biasanya kacang hijau)

Sekarang ini  amat sukar untuk mendapatkannya!






BUBUR CHACO (bukan di pronounce sebagai KAKO)
...Kebiasaannya ini mudah didapati di rumah-rumah orang Kelantan.










JALA EMAS @ JALA MAH (slang Klate)
....lebih terkenal ketika Bulan Puasa














BUAH TANJUNG (slang klate...woh tanjung)














PUTU (berkuah)












  LADU (kuih ini berasal dari India)











DAN......lagi kepelbagaian makanan kelantan!






PERUT (Lembu) AIR ASAM.....(meleleh air liur tu!)











Ni lagi satu...memang famous di Klate...SUP GEAR BOX ( bahagian lutut ke bawah lembu)












Yang ni pula...rare spesies! Sukar untuk di dapati walaupun di Klate. Penulis berkesempatan untuk mendapatkan hidangan SUP KAKI KAMBING di sebuah restoran di tepi highway Salor. Kalau dari RTC menuju ke Pasir Mas, restoran ini terletak di kanan jalan.









Ini pula....selalu dihidangkan sebagai makanan petang atau Dessert...CHOLEK PERUT. Kalau yang famous yang saya pernah makan...gerai yang terletak di hadapan stesen keretapi Pasir Mas.







Ini pula di antara kuih-muih yang kebiasaannya mudah didapati di Klate.....





AKOK BERLAUK














BADAK (kenapa di panggil badak masih menjadi tanda tanya!)












Ni kuih yang memangnya sinonim dengan gadis-gadis klate.....CIK MEK















CUCUR (kuih seakan-akan telur mata kerbau)













Inilah kuih yang menggunakan tepung
yang selalu disebutkan dalam filem
DO RE MI, kuih GOMOK












Ini kuih KOSUI (slang klate..kosu je) tapi bukan kiasu ye!















Kuih ini pula merupakan kuih yang menjadi kemestian kepada pahlawan-pahlawan masa dulu-dulu kut!....LOMPAT TIKAM













Ini juga merupakan KOSUI (yang telah dipermodenkan, selaras dengan zaman moden!)












Ini salah satu dari dua kueh yang namanya tak sedap didengar tapi sedap dimakan....TAHI MINYAK