Thursday, September 27, 2012

Lawatan KSU ke Terengganu 22 Sep 2012

Melawat projek Program Bantuan Rumah (PBR) yang dulunya dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sekitar Kuala Terengganu
Sebagai makluman, rumah PBR ini adalah merupakan bangunan setingkat dengan keluasan 20x30 kaki persegi. Mempunyai 3 bilik tidur, 1 tandas dan 1 bilik air.
Y.Brs. Pengurus Besar KETENGAH dan Pengarah KKLW Terengganu turut bersama Y.Bhg. Dato' KSU melawat tapak projek di Kg. Telaga Daing, Kuala Terengganu


Kerja-kerja penyediaan tapak sedang rancak berjalan.


Tn Hj Zubir (Setiausaha Bahagian Infrastruktur, SUB BI) dan En. Mohamad (Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat, SUB KR) turut kelihatan. ManakalaTn Hj Nik Abd Kadir (Setiausaha Bahagian Pembangunan & Pemantauan Projek, SUB PP) sedang mengambil gambar.

Berbual bersama penerima bantuan PBR, Pn Sepiah binti Ibrahim dan kontraktor pelaksana, BCK Teguh Enterprise.


Penerima bantuan melayan tetamu VIP sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat PBR. Sedap juga pisang goreng dan keropok losong yang dihidangkan. Terima kasih Puan kerana sudi menjemput walaupun kami tidak meminta apa-apa ganjaran selain ucapan terima kasih......







Lawatan ke projek PBR di Kg. Gong Sentul, Daerah Kuala Terengganu pula.



Dato' KSU berpuashati dengan pelaksanaan PBR yang mengikut spesifikasi dan berharap agar ianya dapat disiapkan sebelum hari raya Aidil Adha.



Apa yang Pengarah KKLW Terengganu lihat tu, serius nampak?

SUB KR khusyuk memberikan penerangan kepada KSU.

No comments:

Post a Comment