Tuesday, November 6, 2012

Tawau dan Semporna untuk kesekian kalinya...Untuk ke Kg Air dan Pulau Mabul

Hari terakhir pada bulan ke10 dalam tahun 2012 aku kembali lagi ke Pekan Tawau untuk kali keberapa tidak lagi dapat dicatat dalam fikiranku. Kali ini untuk menyertai mesyuarat mengenai Program Bantuan Rumah (PBR) dan juga lawatan yang disediakan khusus untuk ahli-ahli mesyuarat yang datang dari segenap pelusuk negeri di tanah air. Hari Rabu iaitu 31 Okt 2012 merupakan hari yang ditetapkan untuk lawatan bagi melihat projek PBR yang telah dilaksanakan disamping melihat keindahan pulau-pulau di Semporna.


Lawatan ke lokasi pertama...Kg. Air yang terletak dihujung daratan Semporna. Projek PBR yang dibina adalah untuk menggantikan bebrapa unit yang telah musnah akibat kebakaran besar yang berlaku.






Rumah-rumah yang dibina terletak di tepi laut dan berada betul-betul di atas air. Majoriti penduduk merupakan nelayan. Aganya memang tepat jika peribahasa KALAU TAKUT DILANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI digunakan oleh mereka ini...
 


Antara rumah asal di kawasan pekampungan Kg Air, Semporna


Inilah pengangkutan utama bagi penduduk di Semporna dan kepulauan yang berada sekitarnya



 




 

 Akhirnya rombongan sampai di Jeti Pelancongan Bangau-Bangau untuk ke Pulau Kapalai dan Mabul



Sampai di Sipadan Resort di Pulau Kapalai







Ahli rombongan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan






Seterusnya rombongan kami membuat lawatan ke Pulau Mabul. Ada yang terpegun dan menyangka ada pelantar minyak berdekatan dengan Pulau Mabul. Ada yang menyatakan pelantar minyak tersebut amat cantik dan berwarna-warni. Mereka lebih terpegun bilamana diberitahu bahawa pelantar tersebut telah dibawa dari Labuan dan dilabuhkan disitu sebagai resort penginapan yang mempunyai banyak bilik.





Ini pula merupakan salah satu dari Resort 5 star di Pulau Mabul. Kalau tak salah Sipadan Mabul Resort atau lebih dikenali sebagai SMART.














Orang kuat FELCRA dan orang kuat Bahagian KR sempat lagi berposing di Jeti Borneo Divers di Mabul


Sumbangan yng tidak ternilai oleh HALUAN, sebuah badan NGO yang tidak kenal penat lelah demi memberikan pendidikan kepada penduduk di Pulau Mabul






















Indahnya ciptaanNYA yang terdapat di Pulau Mabul dan Kapalai....



Tuesday, October 9, 2012

Semporna lagi......

Tawau dan seterusnya Semporna....Hari ini aku kembali untuk tugasan berkaitan kejadian ribut di Pulau Menampilik baru-baru ini. Jam 430 petang kami bermesyuarat di Pejabat Daerah Semporna dengan disertai oleh pihak Pejabat Daerah,  Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Ketua Kampung (di sini dikenali sebagai Panglima) dan Pengerusi JKKK.

Seperti kebiasaannya sambil melakukan tugasan di luar, aku akan mengambil kesempatan untuk mencari tempat makan yang terkenal samada dengan makanan atau minuman yang sudah semestinya enak-enak! 
 
Selepas selesai mesyuarat, kami ke Family Cafe untuk minum petang dan menikmati SANGGAR (Pisang Goreng) yang enak. Kelainannya dari tempat lain ialah pisangnya dibelah halus sebelum digoreng. Memang enak sekiranya menikmati SANGGAR di Tawau mahupun Semporna. Pada sebelah malamnya, kami ke satu kedai yang terletak di Kg. Kabogan. Masakan panasnya SEDAP namun apa yang famous ialah JUS MANGGAnya.
 

AIR MANGGARUK (JUS MANGGA)
 

 
 
Inilah kedai yang menyediakan JUS MANGGA yang bagiku amat NYAMAN...Sedap! Walaupun nama kedainya THAMNAK THAI tapi di sini ianya lebih dikenali sebagai D'PASTI ( ianya terletak bersebelahan dengan PASTI..Pusat Asuhan Tunas Islam). 
 
Burrrppp......Alhamdulillah kenyang setelah menikmati MEE UDANG TAIPING dan JUS MANGGA. Balik ke hotel untuk berehat sebelum berangkat ke Pulau Menampilik pada pagi besok...Chiao!
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Saturday, October 6, 2012

Kereta oh kereta!

Macam-macam ragam dan fesyen terkini kereta....  Mungkin sesetengah pemilik terpengaruh dengan rancangan PIMP MY RIDE. Sesetengah pula yang berkemampuan akan terus membeli kereta yang boleh dikategorikan mewah.

Inilah sebahagian yang telah dapatku rakamkan....





Fesyen terkini...tampal carbon sticker





Terbaru dari TOYOTA seakan HUMMER
 




 Yang ini pula.....dalamnya berwarna PURPLE!










Jalan-jalan dan makan-makan di Tawau

Bertolak dari KL pada petang Jumaat dan sampai jam 9 malam di Tawau. Setiap kali melangkah kaki ke Tawau memang tak sah kalau tak pekena KAMBING MASALA dengan GARLIC NAN serta minum TEH MASALA di Restoran Yassin yang berdekatan dengan masjid Tawau. Macam dah ketagih.....masakan kambingnya memang mengancam!



Keesokan harinya sempat lagi untuk pergi ke Batu 3 untuk sarapan sebelum ke airport menyambut ketibaan YB Menteri dari KK. Kedai yang popular dengan MEE TAUHUnya,












Inilah Mee Tauhu yang dikatakan popular tu!









Hari ini, Ahad 7 Okt 2012 sepatutnya menaiki penerbangan balik ke KL jam 315 ptg. Setibanya di airport, dimaklumkan bahawa penerbangan telah ditangguhkan kepada jam 510 petang. Memandangkan waktu itu baru jam 130 petang, aku dan bos ku apa lagi...terus menuju ke Bibiq Corner yang terletak bersebelahan dengan airport Tawau untuk menikmati makan tengahari kami. Apa yang special di sini ialah SUP PAYAU nya yang tersohor di Tawau ni.